• Main
  • News

Mylifestory #3

Mylifestory #3

mylifestory #3
Macam mana boleh kerja kat Eropah?

Nak buat keputusan tu bukan mudah...????

Saya pernah baca sebelum ni,
dalam hidup kita, akan ada satu masa kita perlu buat keputusan penting.
Dan keputusan itu mungkin akan mengubah seluruh perjalanan hidup kita selepas itu.

Bagi saya, inilah salah satu daripada keputusan tersebut.

Untuk buat keputusan ni, saya minta pendapat beberapa orang.
Termasuk ayah saya.

Lepas balik daripada interview hari tu,
saya dah maklumkan pada ayah,
kalau saya terpilih, saya perlu berhenti kerja.

Sepanjang 6 bulan persediaan di Malaysia nanti, kami akan diberikan elaun bulanan.

Ayah dengar semuanya.
Dan akhirnya ayah serahkan keputusan sepenuhnya kepada saya.

Setelah fikir betul-betul,
saya pilih untuk berhenti kerja dan terima peluang tersebut.

Bila keputusan dah dibuat, orang seterusnya yang saya kena jumpa adalah bos tempat saya kerja.

Bos memang berat hati nak lepaskan saya.
Tapi bila saya beritahu saya nak sambung belajar,
akhirnya bos benarkan saya berhenti selepas saya selesaikan penyerahan tugas.

Disember 2012, saya daftar masuk untuk memulakan 6 bulan persediaan sebelum ke France.
Dan dekat sinilah cabaran sebenar bermula.

Antara yang paling mencabar?

Kelas Matematik.

Bukan sebab Matematik semata-mata.
Tapi sebab kami belajar Matematik sepenuhnya dalam Bahasa Perancis.

Sedangkan masa tu kami sendiri baru nak belajar French. ????

Kenapa buat macam tu?

Sebab itulah antara cara paling cepat untuk biasakan kami dengan bahasa tersebut.
Dan pensyarah yang mengajar kami memang orang Perancis ya

Disebabkan saya seorang sahaja pelajar daripada bidang Chemical Engineering,
saya pula kena ambil kelas tambahan Kimia yang juga diajar dalam Bahasa Perancis.

Matematik dalam French.
Kimia dalam French.
Kelas Fizik lagi.
French class lagi...
Memang penuh. ????

Tapi 6 bulan ni sebenarnya bukan setakat belajar bahasa dan akademik sahaja.
Kami juga perlu bersedia untuk test dan interview bagi École atau universiti yang kami pilih.

Ya.
Bukan terus confirm dapat tempat belajar ya.

6 bulan persediaan tu sebenarnya juga merupakan tempoh permohonan kami untuk mendapatkan tempat belajar di France.

Setiap pelajar boleh memilih sehingga 5 institusi.

Sepanjang tempoh tersebut, ada yang dapat dua tawaran.
Ada yang dapat satu sahaja.

Asalkan dapat satu pun dah cukup lega.

Alhamdulillah, saya akhirnya dapat universiti dan kursus yang memang saya nak.

Daripada 5 pilihan yang saya buat,
saya dapat pilihan ke-5.

Pilihan pertama hingga keempat adalah École yang memerlukan saya belajar sepenuhnya dalam Bahasa Perancis.

Tapi pilihan ke-5 berbeza.

Itulah satu-satunya international course dalam senarai saya yang membolehkan saya belajar Master dalam English.

Untuk dapat tempat tu, saya perlu ambil online test dan juga lulus interview dengan Ketua Fakulti di sana.

Tiga hari selepas interview,
keputusan keluar.

Saya di terima ????

Happy memang happy

Sebab dalam kepala waktu tu satu benda je,
“Tak perlu dah belajar Matematik dan Kimia dalam French!”

Hahahaha ????

Tapi French tetap wajib belajar.
Sebab nak hidup di France, memang kena boleh bercakap dan membaca Bahasa Perancis.

Selepas hampir 6 bulan persediaan,
kami akhirnya berangkat ke France pada Ogos 2013, waktu malam, menaiki Malaysia Airlines.

Dan malam tu...
adalah kali pertama saya naik kapal terbang untuk perjalanan yang sangat jauh ????

Daripada seorang yang asalnya cuma nak sambung Master,
akhirnya saya betul-betul dalam perjalanan untuk hidup di negara yang saya sendiri tak pernah bayangkan akan pergi.

Sambung Part 4 pada 26 September 2026.

Terima kasih kepada semua yang support baca konten ni sampai hari ni ????????

Saya belajar Diploma & Degree di Universiti Kuala Lumpur MICET
Persediaan di UniKL MFI

Program master ini adalah program di bawah Universiti Kuala Lumpur


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database