• Main
  • News

Mylifestory

Mylifestory

mylifestory
Macam mana boleh kerja kat Eropah?

#2

Dah tentulah saya nak!
France kot. ????????

Master Degree yang saya memang nak belajar pun ada katsana.
Tapi apa-apa pun, tetap kena tanya ayah dulu.

Pada awalnya, ayah agak keberatan nak benarkan sayapergi interview untuk program ke France ni.

Sebabnya?

Untuk ke France, pelajar wajib ada sekurang-kurangnya LevelA2 dalam Bahasa Perancis untuk urusan visa.

Dan sebab pembelajaran nanti sepenuhnya dalam Bahasa Perancis, pelajar perlu capai sekurang-kurangnya Level B1 sebelum mula belajar di sana.

Ingat lagi saya cerita sebelum ni?
English saya dari sekolah rendah pun B. ????

Tapi pada masa tu untuk saya…
Asalkan tak perlu ambil IELTS untuk sambungbelajar, saya sanggup.

Hahahaha.

Kat sinilah sebenarnya saya akan menyesal kemudian... ????

Saya memang nekad.

Nak juga pergi belajar di negara yang tak bercakap English tu.

Jadi saya yakinkan ayah,
“Saya boleh buat.”

Tambahan pula program Master ni datang sekali dengan scholarship.
Tak perlu saya susah payah cari dan apply scholarship sendiri.

Ya.
Lebih kurang macam tu je saya yakinkan ayah. ????

Alhamdulillah, akhirnya ayah setuju.

Walaupun saya tahu sebenarnya ayah masih berat hati nak benarkan saya pergi.

Untuk program pengajian ke France ni, universiti bekerjasama dengan international agent yang mempunyai connection dengan École Supérieure dan universiti-universiti di France.

Jadi mereka lah yang menjalankan interview.
Sebab nak masuk École ni bukan mudah.

Tambahan pula, pembelajaran sepenuhnya dalam Bahasa Perancis.
Mereka perlu cari calon yang betul-betul bersedia.

Termasuk...
sanggup berhenti kerja dan menjalani persediaan selama 6 bulan di Malaysia sebelum berangkat ke France.

Ya.
Kena berhenti kerja.

Dan saya hanya tahu benda ni...
pada hari interview.

Waktu tu memang tak fikir panjang.
Pergi interview dulu.
Kalau dapat nanti, baru fikir. ????

Interview berlangsung pada Oktober 2012.
Sekitar November 2012, keputusan keluar.

Dan saya terpilih.

Daripada semua calon, hanya 12 orang yang dipilih.

Dan saya merupakan satu-satunya calon daripada Fakulti Chemical Engineering Technology yang terpilih.

Seronok memang seronok.

Tapi lepas tu baru datang masalah sebenar.

Saya cuma ada beberapa minggu untuk buat keputusan.

Sebab pada Disember 2012, saya dah kena daftar masuk kampus untuk memulakan 6 bulan persediaan sebelum ke France.

Maknanya...kalau saya nak teruskan,
saya kena berhenti kerja.

Dan semuanya perlu diputuskan dalam masa beberapa minggu sahaja.

Kita sambung Part 3 esok ????

#zahidahsharif
#mylifestory


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database