
Alhamdulillah Selesai 3 hari
EXCEL MASTER CLASS
MICROSOFT EXCEL BASIC TO ADVANCE bersama Felcra Niaga
.
Program HRDC Claimable penutup untuk tahun ni. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa tahun depan!
.
Program ini membantu mahirkan pekerja menggunakan Microsoft Excel untuk pengurusan database
.
Peserta belajar dari asas Microsoft Excel seperti interface excel, cell style, workbook style dan cara print untuk elakkan pembaziran kertas yang selalu di hadapi oleh banyak pekerja dimana satu column berada di page lain. Print terlalu kecil. Print tak muat satu page. Nama di depan signature tertinggal kat belakang dan macam-macam lagi ????
.
Sesudah mereka mahir asas Microsoft Excel se banyak 7 Modul. Peserta belajar struktur database, perkara penting sebelum bina rekod dan cara tepat untuk membina Rekod yang membantu perkembangan syarikat dari segi bantu untuk pengurusan nampak prestasi dan merancang Strategi untuk syarikat.
.
Dah pandai bina rekod, mereka belajar pula function penting dalam data analisa syarikat seperti COUNTIF, SUMIF, COUNTIFS, SUMIFS, VLOOKUP, HLOOKUP, XLOOKUP dan INDEX MATCH. Tak cukup dengan function, peserta di lengkapkan dengan ilmu auto colour reminder menggunakan Conditional formatting, data validation untuk elakkan error key-in data berulang dan fill series untuk menjimatkan masa penyediaan list nombor, maklumat bernombor dan juga list tarikh.
.
Dah biasa dengan function, bermula lah mereka belajar cara membina report dari data rekod yang mereka ada. Dari report, belajar pula cara bina chart dan dari chart mereka membina dashboard.
.
Dah siap Dashboard, peserta belajar bagaimana membina dynamic workbook dengan Hyperlink ataupun Link
.
Ini semua adalah intermediate Microsoft Excel yang dikongsikan dalan EXCEL MASTER CLASS ini. Semuanya sebanyak 8 modul
.
Program ini berakhir dengan 2 Modul advance Microsoft Excel iaitu Pivot Table, Pivot Chart, Slicer, Timeline dan Pembinaan Dashboard dari Pivot Chart untuk level asas. Perkara utama nak menunjukkan Perbezaan membina report analisa antara guna function dan guna Pivot table. Apa kelebihan dan apa kekurangan.
.
Bagi HR, Manager, pengurus dan ketua Jabatan yang ingin melengkapkan team dan pekerja dengan ilmu Microsoft Excel ini menggunakan HRDC Claimable boleh tulis PM di komen
.
#Excel #exceltips #ZahidahSharif #JomUrusDatabase #microsoftexcel #bisnisdatabase