• Main
  • News

“data Dah Bersih Selepas Remove Duplicates. Tapi Kenapa

“data Dah Bersih Selepas Remove Duplicates. Tapi Kenapa

“Data dah bersih selepas Remove Duplicates. Tapi kenapa jumlah jualan pula berkurang?”

Contohnya, dalam Power Query anda mempunyai data jualan:

Order_ID | Product_ID | Amount

ORD001 | P001 | 500
ORD001 | P002 | 300
ORD002 | P003 | 200

Anda pilih kolum Order_ID → Remove Duplicates.

Hasilnya, satu rekod ORD001 dibuang kerana Order_ID yang sama muncul dua kali.

❌ Jumlah jualan asal: RM1,000
❌ Selepas Remove Duplicates: RM700 atau RM500, bergantung pada rekod yang dikekalkan.

Padahal, kedua-dua rekod ORD001 ialah jualan yang sah!

Apa kesilapan sebenarnya?

Dalam contoh tadi, setiap baris mewakili produk dalam satu pesanan, bukannya satu pesanan keseluruhan.

Jadi, Order_ID bukan unique key untuk setiap baris transaksi.

✅ Jika setiap pesanan boleh mempunyai beberapa produk, gunakan key yang mengenal pasti setiap baris, contohnya gabungan Order_ID + Line_No.

✅ Dalam Power Query, pilih kolum key yang berkaitan sebelum menggunakan Remove Duplicates.

✅ Semak Row Count dan Total Amount sebelum dan selepas transformasi.

⚠️ Jangan anggap semua nilai yang berulang ialah duplicate.

Ingat: Remove Duplicates bukan sekadar membuang rekod berulang. Kita mesti faham apa yang menjadikan setiap rekod itu unik.

Jom belajar secara ONLINE Zoom
Kelas ONLINE Automation with Power Query
22 Nov 2026
Klik link dibawah atau linktree di Profile
????????????
https://invenworks.onpay.my/order/form/onexpq

#zahidahsharif
#powerquery
#excel
#exceltips
#jomlevelup2026


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database