• Main
  • News

Penting Ke Master Database?

Penting Ke Master Database?

PENTING KE MASTER DATABASE?
.
Saya pernah post tentang master database ni beberapa bulan lepas.. apa itu master database?
.
Dalam pengurusan database, master database adalah rekod utama yang mempunyai keseluruhan data yang direkodkan. Data ini yang menjadi rujukan utama untuk menghasilkan report dan dashboard bagi sistem.
.
Kita ambil contoh markah peperiksaan pelajar.
Apakah master database bagi sistem prestasi pelajar
Kenapa saya kata sistem prestasi pelajar?
Ia bukan sahaja merangkumi markah peperiksaan malah aktiviti pelajar dalam bidang kokurikulum.
.
Dalam sistem prestasi pelajar ni ada
Maklumat pelajar, maklumat kelas pelajar, maklumat markah peperiksaan pelajar dan maklumat aktiviti kokurikulum mereka
.
Jadi apakah master database sistem ini?
Sistem ini menghubungkan maklumat tentang seorang pelajar.
Dimana tujuan utama sistem ini dibina adalah memberikan rumusan tentang seorang pelajar dan prestasinya.
Master database untuk sistem ni adalah maklumat pelajar
.
Kenapa?
Tanpa maklumat pelajar bagaimana kita nak kenalpasti markah peperiksaan milik kepada siapa...
Dah tentu ada akan kata rekod je la nama pelajar... betul
Bagaimana nama pelajar itu direkodkan ke dalam rekod markah peperiksaan itu yang penting.
.
Nama pelajar boleh dipanggil dengan menggunakan rekod ID pelajar atau boleh gunakan no IC. Jadi disini tak perlu nak key-in manual nama pelajar lagi. Nama pelajar dipanggil secara automatik dati master database pelajar menggunakan unik data. Dalam contoh ini unik data adalah no ID pelajar atau no IC pelajar
.
Tak kira apa sahaja rekod atau sistem yang nak dihasilkan. pastikan tahu apa master database untuk pengurusan database yang lebih lancar..
.
#ZahidahSharif #System #JomUrusDatabase


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database