• Main
  • News

Ramai Ketua Syarikat Terpukau Dengan Sistem Automasi

Ramai Ketua Syarikat Terpukau Dengan Sistem Automasi

Ramai ketua syarikat terpukau dengan sistem automasi
Tak teragak-agak nak terus invest membeli sistem programming
Lepas beli sistem... tak guna pun...
.
Siapa begini?
.
Soalan disini bukan nak cari siapa begini...
Soalan dia kenapa jadi begini?
Kenapa beli tak pakai...
.
Ada banyak faktor...
Antara sebab yang paling femes saya dengar...
"Cik Zahidah, saya tak ada masa nak fahamkan sistem ni..."
"Bila saya guna, banyak benda tak ada yang saya perlukan..jadi saya tak pakai la sistem ni walaupun dah beli.."
.
Saya faham bila kita soloprenuer..
memang kita tak cukup masa nak belajar semua benda,
saya pun sama.. nak automasikan sistem,
> Saya nak kena fahamkan proses flow kerja bisnes sedia ada..
> Lihat FEATURE DALAM SISTEM sebelum beli..
> Cari orang yang lebih arif untuk minta pendapat..
dengan ini kita boleh elak beli sistem tapi tak pakai atau feature tak cukup.
.
Waktu saya bekerja di Eropah dulu, sebelum memutuskan untuk beli sistem,
> Kena pastikan apa yang diperlukan..
> Apa resources yang ada dari segi budget dan team
Nak beli apa-apa, kena detail kaji content sistem tersebut, apa benefit untuk team sebelum beli. Walaupun sistem tu mampu milik. Semuanya adalah perbelanjaan. Pastikan perbelanjaan itu menguntungkan...
.
Idiologinya sama macam kita buat pelaburan...
Dah tentu kita melabur untuk kita untung...
Sama juga kita nak ada automasi sistem. Nak sistem supaya kerja kita sebahagian boleh diautomasi, supaya produktiviti kerja kita naik.
.
Saya dah kongsikan point penting sebelum memutuskan untuk membeli sistem..
.
Saya kongsikan struktur asas sistem..
Dalam pengalaman saya, sistem ada Tiga (3) bahagian utama
Rekod, Report, Dashboard
Dashboard dihasilkan dari Report
Report dari Rekod
Sebab itu pentingnya rekod dengan betul supaya semua maklumat betul bila diproses..
.
Semoga ini dapat membantu tuan puan dalam kerjaya mahupun bisnes.
.
Kongsikan dengan kenalan tuan puan
Komen satu perkara yang tuan puan belajar dari perkongsian saya ini
.
Zahidah Sharif
Digital Database Specialist
.
#ZahidahSharif #System #JomUrusDatabase


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database