PENATLA... AKU TAK LARAT DAH... KENAPA MESTI AKU LALUI SEMUA NI..
.
Mesti pernah kan rasa begini?
.
Saya yakin setiap dari kita mempunyai impian yang nak dicapai
Dalam perjalanan untuk mencapai impian dan kejayaan itu akan ada pelbagai liku dan cabaran yang dihadapi...
.
Satu... dua.. tiga... cabaran masih lagi ok
.
Bila dah terlalu banyak usaha dan tak berhasil... lama-lama keyakinan diri pun berkurang dan menyebabkan pelbagai pemikiran negatif muncul dan menduga kebolehan diri...
.
Membuat diri terfikir
"Aku dah berusaha kot... apasal tak jadi ni"
Salah satunya sebab kita sendiri tak dapat nak faham apa yang berlaku dan akhirnya kita rasa penat...
.
Saya sendiri pernah berada dalam keadaan ini
Buat pelbagai cara untuk capai target... semua tak menjadi.. akhirnya dianggap useless oleh pihak atasan...
Ini cerita waktu kerja dulu...
.
"Seriusla Zahidah... macam tak logik je ko hadap semua ni"
.
Ingat tak apa saya kongsikan minggu lepas?
"Orang hanya nampak indah-indah sahaja"
Takkan la kita nak canang satu dunia masalah kita.. apa kita hadapi..
.
Berbalik pada kejayaan tak kunjung tiba walaupun dah macam-macam usaha...
dah tentu kita rasa sedih.. down.. tak semangat..
dan akhirnya rasa nak putus asa..
.
Untuk semua yang membaca ni... yang sedang rasa down.. nak putus asa... benda pertama kena buat adalah cari individu yang boleh berikan anda kekuatan dalam diri
.
Nampak macam tak logik kan...
Kenapa benda tu yang pertama? bukan patut kena take a break.. tarik nafas dalam-dalam... supaya jadikan diri kita lebih tenang sebelum nak ambil next step...?
.
Ada sesetengah orang ya boleh ambil step ini
Kebanyakannya orang... tidak sebab pemikiran kita waktu tu tak boleh berfikir secara rational...
Kenapa cari individu yang boleh berikan diri kita kekuatan dalam diri?
Sebab semua kekuatan untuk capai sesuatu impian tu datang dari kekuatan dalam diri kita
Saat diri kita berasa down dan nak putus asa... tak nampak jalan lain dah.. pada ketika itu kita sangat negatif.. kita perlukan individu lain untuk neutralkan keadaan diri kita sebelum kita boleh tenangkan diri kita
.
Siapa individu tu?
Ramai yang mengatakan ibu bapa
Ada sesetengah bukan ibu bapa mereka... bergantung kepada keadaan keluarga dan kehidupan masing-masing...
.
"Jadi macam mana nak cari individu yang boleh beri kekuatan dalam diri saya ni?"
Dah pasti ramai yang tertanya kan..
.
Individu itu adalah seseorang yang ada disekeliling kita yang boleh berikan kita rasa bahagia, ceria, semangat dan menenangkan kita... tak semestinya orang itu ahli keluarga kita
.
Cuba fikir siapa individu itu... cari mereka terutama bila dah tak ada cara dah...rasa putus asa je yang ada... jumpa mereka...
.
"Jumpa mereka ok... lepas tu buat apa?"
Kadangkala tak perlu pun untuk kita cerita pada individu tersebut masalah kita.. kadangkala dengan jumpa mereka sahaja... jawapan pada cabaran kita hadapi itu lebih jelas kita nampak...
Point utama ialah keluar diri dari keadaan negatif...
Ada kalanya... kita tak dapat lihat sebelum ini disebabkan kita terlalu fokus pada masalah... dan negatif result. Saat kita tak mampu positifkan pemikiran kita sendiri, carilah individu yang boleh bantu...
.
Didoakan semua yang membaca ini, dipermudahkan dan dilancarkan segala urusan... Aamiin
.
Zahidah Sharif
Digital Database Specialist
.
**Inspire Me By Inspiring Others adalah slot perkongsian yang saya akan kongsikan setiap hujung minggu sahaja**
.
#InspireMeByInspiringOthers #ZahidahSharif #lifestory