• Main
  • News

Ada Ke Yang Menanti Sambungan Cerita Semalam?

Ada Ke Yang Menanti Sambungan Cerita Semalam?

ADA KE YANG MENANTI SAMBUNGAN CERITA SEMALAM?
.
Mohon maaf sangat agak lewat post. Baru balik berjumpa sahabat bisnes sambil beraya. Bila bisnes ni tuan puan, saya belajar banyak benda baru setiap hari berbanding sewaktu saya kerja dahulu..
.
Ok part ni kita cerita lain kali ya... Jom kita sambung cerita semalam
.
Kenapa bila 2 orang yang berbeza melakukan perkara yang sama hasil mereka berbeza?
.
"Kat mana silapnya"
Ini ayat selalu orang cakap la
Tak pun jadi kes macam saya semalam "Kau mesti sorok sesuatu kan..." ????
.
Waktu tu saya masih belum cukup ilmu.. tak dapat nak fikir kenapa ianya berlaku... Setelah bermacam2 episod cerita kehidupan ni... akhirnya saya temui jawapannya
.
Orang industri kata kalau nak selesaikan cabaran kena buat RCA iaitu Root Cause Analysis. Kita kaji sampai ke akarnya untuk dapatkan punca utama
.
Setiap manusia diciptakan berbeza, berbeza dari rupa paras, tingkah laku dan juga pemikiran.
.
Walaupun pelajar A dan B membuat perkara yang sama, tapi menghasilkan result yang berbeza. Kenapa?
Banyak sebenarnya faktor yang mempengaruhi, antara yang paling utama adalah cara pemikiran dan pemahaman.
.
Pemahaman dua orang yang berbeza terhadap satu persoalan akan ada perbezaan, inikan pula yang kita belajar. Sewaktu buat latihan bersama, ya dua-dua boleh jawab sebab A dan B berbincang.
Apabila dalam test atau exam, masing-masing bergantung kepada kebolehan pemikiran dan pemahaman masing-masing. Itu adalah antara faktor utama kenapa dua pelajar, walaupun buat persediaan yang sama dapat result berbeza.
.
Persediaan tak hanya bergantung kepada benda yang kita nampak je. Ambil contoh usahawan nak menjual kuih raya. Bukan buat kuih raya dia perlu bersedia, dia kena sediakan marketing poster, copywriting, yang orang tak nampak, kena sediakan skrip untuk jawap soalan pelanggan, persediaan mental untuk menghadap bermacam-macam kerenah pelanggan. Kalau kita tak cukup bersedia, sebab itu ada yang hilang semangat berniaga...
.
Persediaan yang nampak itu ya.. Persediaan orang lain tak boleh nampak seperti pemikiran kita, perasaan, keyakinan, kesihatan perlu juga diambil kira.
.
Tadi sahabat saya ingatkan saya... bagaimana susah pun perjalanan yang kita pilih.. tak kirala bekerja atau berniaga.. kita jangan putus asa..
.
Ini saya akan kongsikan hujung minggu depan ????
.
Zahidah Sharif
Digital Database Specialist

**Inspire Me By Inspiring Others adalah slot perkongsian yang saya akan kongsikan setiap hujung minggu sahaja**

#InspireMeByInspiringOthers #ZahidahSharif #lifestory


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database