• Main
  • News

Semua Nampak Yang Indah-indah Je..

Semua Nampak Yang Indah-indah Je..

SEMUA NAMPAK YANG INDAH-INDAH JE..
.
Bila kita lihat kawan kita berjaya...
Ada pernah tak terdetik di hati...
"Bestnya kalau aku dapat macam dia"
.
Biasa kan?
.
Ini adalah normal sifat manusia, bila kita lihat orang lain berjaya tatkala kita ni masih lagi berusaha untuk capai impian yang kita idamkan..
.
Suatu kejayaan takkan terhasil tanpa usaha gigih
.
Saya berikan satu contoh
Pernah tak waktu belajar dulu... ada antara kawan-kawan yang kata...
"Eh tapi saya tengok kan kawan saya tu tak buat apa pun, saya tak nampak pun dia study, bila test dengan exam skor A je dia.. jadi top student je memanjang... tiap-tiap minggu dia keluar pergi buat aktiviti sana-sini... tak ke itu dilahirkan genius"
.
Tu dia.. panjang lebarkan hujahan yang diberikan ????
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing
Ada yang suka sangat cakap "ko pandai takpela... aku ni tak pandai macam ko"
.
Ini adalah salah satu cara mencipta alasan...
sebabkan kebiasaan beginilah yang menyebabkan diri kita generate minda pemikiran automatik sebegini setiap kali kita nampak orang lain lebih berjaya
"Dia boleh la... aku ni siapa je"
.
Ramai tak sedar yang mereka memupuk dan membaja sifat negatif dalam diri mereka sendiri...
.
Berbalik kepada kawan kita yang dah berjaya tu
Semua orang pasti ada titik permulaan dimana dia kena belajar melakukan setiap perkara sampai jadi mahir
Kenapa kita nampak kawan kita tu, pegang jawatan banyak kat sekolah, main je memanjang tapi still skor ?
.
Pernah ke tanya, macam mana kau belajar?
ha... ni soalan cliche kan
Adalah tu yang akan jawab
"Saya dah tanya dah, dia kata sama macam ko la, buat tutorial dalam kelas, ulangkaji balik, bagi tumpuan dalam kelas, tanya bila tak tahu"
.
Biasakan terima jawapan macam ni... sama je mana-mana pelajar yang top student tu akan jawab benda yang sama
.
"Tapi kenapa saya buat tak dapat pun macam dia...?"
.
Ni la soalan cepu emas, kenapa kita buat apa dia cakap tapi tak dapat sama pun macam dia...
.
Pernah terjadi pada diri saya sendiri
Kawan tu belajar sekali dengan saya, nota sama, pi kelas sama, makan sama-sama... bila exam saya dapat A dia dapat B
.
Lepas tu?
lepas tu kawan saya tak puas hati, dia pun berkata-kata
"Camne ko boleh dapat A, aku dapat B, mesti ko ada sorokkan sesuatu dari aku kan..."
.
Saya waktu tu yang masih NERD... pandang dia dengan keadaan blur-blur katak...
Saya pun terfikir... "aku pinjam nota dia kot.. apasal dia tak boleh dapat A... padahal buat latihan sama-sama... study sama-sama"
.
Pendapat tuan puan kenapa saya dapat A dan kawan saya dapat B
Komen dibawah ni
saya akan sambung esok ????
.
Zahidah Sharif
Digital Database Specialist

**Inspire Me By Inspiring Others adalah slot perkongsian yang saya akan kongsikan setiap hujung minggu sahaja**

#InspireMeByInspiringOthers #ZahidahSharif #lifestory


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database