“Setiap bulan guna IF untuk kategorikan ribuan transaksi. Bila data baharu masuk, kena buat formula lagi?”
Contohnya, anda mempunyai 5,000 transaksi jualan dan mahu kategorikan berdasarkan Sales Amount.
✅ RM5,000 ke atas → High
✅ Bawah RM5,000 → Low
Dalam Excel, anda mungkin menggunakan formula IF dan perlu memastikan formula tersebut digunakan pada semua rekod baharu.
Tetapi dalam Power Query, kita boleh gunakan Conditional Column untuk membuat pengelasan tanpa menulis formula IF.
Bagaimana nak buat Conditional Column dalam Power Query?
1. Buka Power Query Editor.
2. Pilih Add Column → Conditional Column.
3. Tetapkan syarat:
- Column Name: Sales Amount
- Operator: is greater than or equal to
- Value: 5000
- Output: High
- Else: Low
4. Klik OK.
Power Query akan menghasilkan kolum Category berdasarkan syarat yang ditetapkan.
Apabila data baharu masuk dan query di-Refresh, peraturan yang sama digunakan semula secara automatik.
Ingat: Conditional Column bukan sekadar menggantikan IF. Ia membantu menjadikan proses pengelasan data lebih konsisten untuk laporan berkala.
Jom belajar secara ONLINE Zoom
Kelas ONLINE Automation with Power Query
22 Nov 2026
Klik link dibawah atau linktree di profile
????????????
https://invenworks.onpay.my/order/form/onexpq
#zahidahsharif
#excel
#powerquery
#exceltips
#jomlevelup2026