Power Query berjaya Refresh tanpa error. Tapi siapa yang pastikan angka dalam report itu betul?
Contohnya, anda menggunakan From Folder untuk menggabungkan 12 fail jualan bulanan.
Dalam folder tersebut ada:
???? Sales_Jan.xlsx
???? Sales_Feb.xlsx
???? Sales_Feb_Backup.xlsx
???? Sales_Mar.xlsx
Tanpa disedari, fail backup Februari turut diproses oleh Power Query.
Refresh berjaya. Tiada error.
Tetapi transaksi Februari sudah masuk dua kali dan jumlah jualan dalam dashboard meningkat.
Power Query hanya menjalankan proses berdasarkan konfigurasi yang kita tetapkan.
Sebab itu, selepas menggunakan Combine Files, Append atau Merge Queries, kita perlu semak hasil transformasi.
Antara perkara penting:
✅ Source & Filtered Rows – Pastikan hanya fail yang sepatutnya diproses.
✅ Row Count – Bandingkan bilangan rekod sebelum dan selepas gabungan.
✅ Merge Queries – Pastikan key dalam lookup table unik jika setiap transaksi sepatutnya mempunyai satu padanan sahaja.
✅ Total Amount – Pastikan jumlah nilai tidak berubah tanpa sebab selepas transformasi.
Contohnya, jumlah jualan sebenar RM150,000 tetapi selepas Combine Files menjadi RM180,000 kerana fail backup turut digabungkan.
Refresh yang berjaya membuktikan query dapat dijalankan, bukan semestinya data yang dihasilkan sudah tepat.
#zahidahsharif
#excel
#exceltips
#powerquery
#jomlevelup2026