mylifestory #5
Macam mana boleh kerja kat Eropah?
Sewaktu sebulan bersama keluarga angkat di Brest,
wakil universiti dah mula hubungi kami untuk urusan penempatan semester pertama.
Student ada dua pilihan.
Sama ada tinggal di penempatan universiti,
atau sewa apartment di luar.
Untuk penempatan universiti pula, bukan semua orang boleh dapat.
Memang agak susah.
Saya akhirnya berjaya dapat sebuah apartment dengan bantuan universiti.
Jaraknya lebih kurang 30 minit berjalan kaki ke universiti,
atau sekitar 2 stop kalau naik bas.
Dan dekat sinilah sekali lagi saya nak tekankan...
jangan bawa luggage berat sangat bila baru sampai ????
Sebabnya...
Apartment saya di tingkat 3, paling atas.
Bangunan kat France ni banyak 3-4 tingkat dan tak ada lif.
Ya
Mendaki Tangga ye...
Tangga pula cukup-cukup untuk seorang lalu.
Boleh bayangkan macam mana nak angkut luggage naik sampai tingkat 3 ????
Tuan rumah saya seorang wanita dan beliau tak tinggal di situ.
Satu bangunan tu memang kebanyakannya disewa oleh student.
Kebetulan pula, student yang tinggal di tingkat 1 ialah kawan sekelas saya dari Ghana, Afrika.
Apartment saya berbentuk studio.
Sewa bulanan sekitar €450, termasuk gas dan elektrik.
Bila sampai di Lille, student baru akan melalui seminggu program orientasi.
Untuk program Master international di universiti tersebut,
ada dua program utama:
Master of Science in Environment
dan
Master of Science in Sustainable Food Technology and Management.
Saya ambil Master of Science in Sustainable Food Technology and Management.
Student dalam program ni datang daripada lebih 11 negara.
Dan saya seorang sahaja dari Malaysia dalam program tersebut.
Berapa ramai student malaysia di universiti tu?
Ada 2 orang je.
Saya = Melayu
Senior Saya (student tahun akhir) = India
Sepanjang minggu orientasi, kami juga bercampur dengan international students daripada program lain, termasuk yang belajar sepenuhnya dalam French.
Untuk pastikan semua student familiar dengan bandar Lille,
pihak universiti buat satu aktiviti macam place hunt.
Kami kena bergerak secara berkumpulan,
pergi ke beberapa lokasi tertentu dalam bandar,dan ambil gambar sebagai bukti.
Kami juga kena buat presentation tentang negara masing-masing.
Dan ya...
kalau tahun 2026 masih ada orang luar yang fikir Malaysia ni penuh hutan,
tahun 2013 lagi lah ????
Ada yang memang terkejut bila tengok gambar KualaLumpur.
Dan ada juga yang betul-betul ingat orang Malaysia masih tinggal atas pokok.
Lepas minggu orientasi,
barulah kelas sebenar bermula.
Mesti ramai fikir...
“Belajar dalam English, senanglah.”
Hahahahaha.
Itu silap!
Di France, bahasa utama tetap French.
Walaupun course ditulis sebagai program dalam English,
kita tetap kena biasakan diri dengan French accent bila mereka bercakap English.
itu baru satu hal.
Kadang-kadang perkataan yang digunakan pun berbeza daripada English yang kita biasa dengar di Malaysia.
Contohnya,ayat yang kita biasa guna seperti “separate into”mungkin disebut sebagai “decompose into.”
Yang ni masih okay lagi.
Yang lebih mencabar ialah ada pensyarah yang memang sangat berpengalaman, tetapi jarang mengajar dalam English.
Jadi bila mereka susah nak explain sesuatu dalam English...
mereka sambung explain dalam French.
Ya.
French ????
Memang terus punah harapan nak belajar sepenuhnya dalam English.
Nasib baik ada kawan-kawan French dalam kelas yang fluent English.
Merekalah yang kadang-kadang tolong translate semula apa lecturer explain.
Pelik bunyinya, tapi itulah reality.
Saya ingat lagi kelas subjek Biochemistry.
Lecturer tu sebenarnya sangat baik dan sangat berpengalaman.
Cuma English beliau agak terhad.
Dan satu perkara yang saya suka,
setiap semester beliau memang cuba improve cara mengajar dalam English.
Saya masih ingat satu hari, saya nak tanya soalan.
Saya cuba tanya dalam French.
Walaupun French saya waktu tu masih merangkak-rangkak,
beliau tunggu sampai saya habis bercakap.
Dan bila beliau faham soalan saya,
beliau explain dengan sangat detail.
Nampak sangat beliau suka bila student cuba bercakap dalam bahasa beliau.
Dari situ saya belajar satu benda.
Kalau nak belajar lebih banyak bila berada di negara orang,
cuba bercakap dalam bahasa
mereka walaupun tak sempurna.
Kadang-kadang effort tu sendiri dah cukup untuk buka ruang komunikasi yang lebih baik.
Ada satu sebab utama kenapa saya pilih program Master ni di France,
walaupun tempohnya 2 tahun.
Kebanyakan program Master di negara lain yang saya tengok masa tu sekitar setahun hingga setahun setengah.
Tapi program ni menawarkan sesuatu yang saya memang nak.
3 kali internship.
Itulah antara sebab utama saya pilih program ni.
Ha...kat sini mesti ramai dah fikir,
“Bestnya. Internship 3 kali kat Europe.”
Ya.
Itulah yang saya fikir juga. ????
Tapi...
kena cari sendiri ya.
Sama macam dekat Malaysia juga.
Bezanya cuma insternship kat Eropah la
Hahahaha.
Dan kalau nak internship di France,
CV dan cover letter kena disediakan dalam Bahasa Perancis.
Ya.
French lagi.
Nightmare.
Memang nightmare. ????
Interview pun dalam French.
Selain kelas untuk subjek Master,
kami juga ada kelas khas untuk belajar bagaimana menyediakan CV dan cover letter untuk pasaran kerja di France.
Macam kebanyakan universiti di Malaysia,
universiti kami juga ada event di mana syarikat datang ke kampus untuk berjumpa dan interview student.
Untuk internship pertama,
tujuan utamanya lebih kepada pendedahan cara kerja operasi sebenar industri pemprosesan.
Tempohnya hanya sekitar 3 minggu.
Universiti memang dah ada senarai industri yang menerima student.
Tapi kami tetap perlu sediakan CV dan cover letter untuk internship tersebut.
Dan ya...
dalam French.
Untuk internship pertama ni, saya ditempatkan bersama seorang student French dari kelas saya.
Nasib baik ada dia. ????
Sebab waktu tu French saya masih belum cukup kuat,
lebih-lebih lagi bila masuk bab perkataan teknikal dalam industri pemprosesan.
Kilang internship pertama saya ialah sebuah kilang yang memproses produk daripada jagung.
Dan daripada sinilah saya mula betul-betul nampak bagaimana industri di France bekerja.
Sambung Part 6 pada 10 Oktober 2026.
Boleh baca posting sebelum ni ????????????
Ini semua link mylifestory #1 ke #4
Macam mana boleh kerja di Eropah
#1 (18 Sep 2026)
https://www.threads.com/share/BAY7VXGADh/
#2 (19 Sep 2026)
https://www.threads.com/share/BAXTbWsLlG/
#3 (20 Sep 2026)
https://www.threads.com/share/BAd0_zEK1c/
#4 (27 Sep 2026)
https://www.threads.com/share/BAc3unME3r/
#zahidahsharif
#mylifestory