• Main
  • News

Apa Nak Kena Buat Bila Kali Pertama Masuk



Apa nak kena buat bila kali pertama masuk kerja yang melibatkan pengurusan data?

Kerja pengurusan data ni bukan untuk Executive atau Manager sahaja.

Sekarang, kerja Admin pun banyak yang dah melibatkan pengurusan data untuk menyediakan laporan.

Jadi, benda pertama yang perlu kita kenal pasti ialah:

Data datang dari mana dan bagaimana data direkod?

Kalau data datang daripada sistem, kita perlu tahu:

• Macam mana nak export data?
• Data diexport dalam format apa?
• CSV atau Excel Workbook?

Banyak sistem, terutamanya sistem yang telah lama digunakan oleh syarikat, akan export data dalam format CSV.

Kalau kita nak urus dan analisis data tersebut menggunakan Microsoft Excel, jangan terus buat formula atau laporan.

Sediakan data dengan betul dahulu.

Kalau file asal ialah CSV:

CSV → Save As Excel Workbook (.xlsx) → Convert data kepada Excel Table

Kenapa?

Sebab bila data dah berada dalam Excel Workbook dan disusun sebagai Excel Table, lebih mudah untuk kita buat formula, PivotTable, tambah rekod baharu dan bina proses reporting yang lebih sistematik.

Ini adalah langkah pertama yang perlu dibuat kalau nak mula automasi pengurusan data menggunakan Microsoft Excel atau Power BI.

#zahidahsharif
#Excel
#PowerBI
#dashboard
#jomlevelup2026


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database