• Main
  • News

Kak Yang Function Vlookup Tu Dalam Asas Kan?

Kak Yang Function Vlookup Tu Dalam Asas Kan?

Kak yang Function VLOOKUP tu dalam Asas kan?

Kerap terima soalan begini dan masih ramai lagi yang tak tahu level Asas dan Intermediate untuk belajar Microsoft Excel
.
DISCLAIMER: Ini berdasarkan praktis, pengalaman dan pembelajaran saya dengan Microsoft Trainer.
.
Bagi yang pertama kali jumpa Post saya ni
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Saya Zahidah Sharif, seorang Digital Database Specialist yang membantu individu yang bekerja untuk urus database dengan menggunakan Microsoft Excel dan Aplikasi Google
.
Apa itu ilmu Asas Microsoft Excel?
Sekiranya anda boleh buat 7 Topik Utama yang disenaraikan dibawah (dalam gambar) anda dah ada Asas Microsoft Excel yang cukup untuk buat data entry (masukkan data dalam Microsoft Excel) dan print dokumen dari Microsoft Excel
.
Apa Formula dan Function yang cover dalam Asas Microsoft Excel?
✅ Cara kira Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi dalam Excel
✅ Jumlah guna SUM()
✅ Kira Purata guna AVERAGE()
✅ Dapatkan Nilai Minimum dalam Range Data guna MIN()
✅ Dapatkan Nilai Maximum dalam Rang Data guna MAX()
✅ Kira Bilangan Cell yang Berisi Nombor guna COUNT()
✅ Kira Peratus dari kiraan Manual dan guna Format Percentage
.
Sekali lagi disclaimer, ini adalah common list berdasarkan praktis, pengalaman dan pembelajaran saya
.
Apakah beza Function level Asas dengan Intermediate pula ?
Jika lihat function level Asas ini, tidak memerlukan kita untuk memikirkan secara detail, kita cuma perlu klik satu cell atau select range data pada satu column sahaja. Dalam level asas, kita akan gunakan Insert Function untuk kiraan guna Function.
Contohnya SUM()
=SUM(number1,[number2],...)
Dimana number ialah Cell atau Range of Cell yang perlu dijumlahkan
.
Function Level Intermediate Microsoft Excel memerlukan kita untuk fahamkan Syntax Guide. Ini disebabkan banyak contoh yang kita akan jumpa dalam carian Google dan Youtube menerangkan cara menggunakan Function dengan memahami Syntax Guide.
.
Apakah Syntax Guide VLOOKUP?
=VLOOKUP(lookup_value, table_array, col_index_num, [range_lookup])
.
Setiap satu nama syntax iaitu lookup_value, table_array, col_index_num, [range_lookup], kita nak kena tahu nak kena select cell apa, table yang mana atau Range Cell apa.
Inilah yang saya maksudkan level Intermediate.
.
Macam mana nak tahu mana yang level intermediate?
Ini praktis saya ya, mana-mana function yang ada lebih 1 nama dalam syntax guide, ia dikira intermediate.
.
Sekadar berkongsi ????
.
#JomUrusDatabase
#zahidahsharif
#KelasExcel
#exceltips


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database