• Main
  • News

Bagaimana Nak Mahir Gunakan Function Di Excel Mahupun

Bagaimana Nak Mahir Gunakan Function Di Excel Mahupun

BAGAIMANA NAK MAHIR GUNAKAN FUNCTION DI EXCEL MAHUPUN GOOGLE SHEET?

Waktu saya mula-mula belajar Excel, saya struggle nak fahamkan penggunaan function.. bila dah mahir.. nak kena mengajar team member.. waktu ni paling mencabar
.
Saya ambil masa bertahun untuk membolehkan saya terangkan tentang cara menulis function dengan mudah dan mudah difahami.
.
Kita ambil contoh function IF
=IF(logical_test, [value_if_true], [value_if_false])
.
Bila tengok untuk kali pertama confirm tak faham...
Bila fahamkan dengan betul apa yang dimaksudkan dengan
>> logical_test
>> [value_if_true]
>> [value_if_false]
.
Kita boleh faham bagaimana nak aplikasikan function IF
.
logical_test ni senang cerita persoalan yang kita tanya untuk tahu jawapan dia betul atau salah
.
Contoh
Adakah A1=10
logical_test ini bertanyakan soalan adakah pada cell A1 mempunyai nilai 10.
Sekiranya benar [value_if_true], keluarkan jawapan "ya"
Sekiranya salah [value_if_false], keluarkan jawapan "x"
.
Jadi cara penulisannya ialah
=IF(A1=10,"ya","x")
.
Tak kira apa pun function, yang penting fahamkan
1) Apa kegunaannya
2) Cara menulis function
.
Sama ada pakai Microsoft Excel ataupun Google Sheet, 2 point ini sangat penting untuk mahirkan diri dalam penggunaan function
Apa yang beza antara Excel dan Google Sheet adalah cara menulis range atau reference table
.
#JomUrusDatabase #Excel #GoogleSheets #ZahidahSharif


About Us

  • Zahidah Sharif

    Zahidah Sharif is a Digital Database Specialist who guides businesses to have sustainable database